Sunday, January 29, 2012

Setelah lama bercuti.... :)

Assalamualaikum... hye u'ols...!

today is 29/1/2012 bersamaan hari Ahad.. erm.. ramai peminat2 AJL duk tercongok dpn TV masing2 sbb nak tgk live AJL 26.. sape lah jd juara ea? Aku suka lagu 'Beribu Sesalan' and 'Kisah Hati'.. hehehhee....

RAsa lom puas la bercuti.. esok dah start keja.. Tp cuti kali ni mmg best sgt2.. bwk mak jln2 shopping, tu lah yg aku idamkan drpd dulu.. satu masa dulu aku berazam nak beli kereta sendiri and bwk mak jejalan naik kereta aku. Alhamdulillah, bersyukur pd Mu Ilahi, hajat ku tercapai...

Mula2 tu bwk mak pi Wedding member dia, pastu bwk mak jejalan kat segamat.. Amboi, shopping sakan langsir utk umah baru dia.. Alhamdulillah...
And yg best tu aku dah berjaya beli semua brg2 utk letak atas dulang nanti.. Alhamdulillah ya Allah.. tingal nak carik ilham and decorate je.. hehehhe....

lagi 4 bln bertukar la title aku ni.. moga kali ini dipermudahkan semua nya..

ok la.. nak layan AJL gak sambil wat keja... But b4 that, nak share skit dgn korg semua... Kali ni aku nak share tips cara kurangkan sakit belakang yg macam aku tgh alami dh dekat 2 minggu ni.. semoga kita sama2 dpt manfaat drpdnya....

Apabila mengalami sakit belakang, bahagian belakang badan (terutamanya bahagian bawah) akan terasa sakit dan tak selesa. Antara punca sakit belakang ni ialah kerana otot tergeliat, atau letih, postur badan yang tidak betul dan juga akibat tekanan.

Sakit belakang

Sakit belakang - loscuatroojos.com

Kesannya nanti, pergerakan harian anda menjadi lebih terbatas. Ini kerana anda mungkin akan terasa kebas di bahagian punggung, peha dan kaki. Otot-otot kaki akan lemah dan berkemungkinan boleh lumpuh sepenuhnya.

Sehubungan itu, dah tentu anda nak sangat kurangkan rasa sakit belakang ni, kan? Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu pun dah kira baik. :)


Antara rawatan sakit belakang yang boleh anda lakukan;


1. Rehatkan diri secukupnya di atas tilam yang empuk lembut dan selesa.
2. Sapukan ubat penahan sakit atau gunakan ubat anti inflamasi tanpa steroid.
3. Urut bahagian yang sakit secara perlahan-lahan dan lembut.
Anda boleh gunakan minyak urut ataupun minyak gamat.


Ok la u'ols... till fingers meet the keyboard again.. Take care...


No comments:

Post a Comment